22 April 2010

HARI KEMUAFAKATAN BERSAMA IBU BAPA
Perbincangan antara Guru dan Ibu bapa



13 April 2010

PUSAT SUMBER SEKOLAH




Sebahagian Murid Tengah Khusyuk Mentelaah Buku

12 April 2010

KASIHANNYA CIKGU...!




Ketika cerdik pandai pendidikan memperkatakan tentang cabaran-cabaran pelaksanaan pendidikan, para guru pula masih bergelumang dengan pelbagai cabaran dalam kelangsungan hidup mereka sebagai guru.

Di mana-manapun, guru mendepani pelbagai cabaran. Baik di pedalaman, di bandar, di hulu, di muara, di gunung, di lembah, di daratan dan kepulauan kaum guru tetap berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Seringkali diperkatakan masalah dan cabaran yang dihadapi kaum guru di pedalaman. Infrastruktur dan kemudahan asas yang sempurna sesungguhnya menjadi dambaan.

Kesukaran yang dihadapi untuk ke daerah pedalaman dengan persekitaran yang menuntut banyak kesabaran bukan sahaja memerlukan lebih ketabahan malah seringkali mengorbankan banyak tenaga dan wang.

Menjadi guru di kawasan bandar juga, tidak kurang cabarannya. Barangkalai “kelebihan” yang ada di bandar menjadikan guru sentiasa tercabar. Kepelbagaian suasana dan persekitaran serta hiruk-pikuk dan kesesakan menuntut pengorbanan masa dan tenaga yang bukan sedikit.

Para intelek pendidikan seringkali memperkatakan tentang Pembelajaran Berterusan, Penggunaan Teknologi dan ICT, Pengurusan Pendidikan, Pembentukan Jatidiri Pelajar dan Kualiti Guru.

Masyarakat umumnya seringkali mengharapkan kejayaan anak-anak mereka di samping mempersoalkan kewibawaan kaum guru.

Pada ketika yang sama kaum guru masih terus berjuang untuk menjadi guru yang sebaik-bainya sambil terus bergelumang dengan cabaran dan masalah yang dihadapi setiap hari.

Guru oh guru.......di mana-mana pun kalian mendidik, tetap ada cabarannya.

Kasihannya cikgu!

ATASI TIDUR BERDENGKUR


BAGI mereka yang tidur berdengkur, eloklah mengamalkan minum segelas susu suam yang dicampurkan dengan serbuk badam. Amalkan selalu, dengan izin Tuhan, tiada lagi rungutan dari pasangan anda. Tidur anda pun akan lebih lena dan keesokan paginya anda akan berasa lebih cergas dan bersemangat apabila bangun dari tidur.
SK KORAN © 2010 Template by: