Dalam Pembikinan
27.03.2010 SEHINGGA KINI...
MASA ITU EMAS
HARI INI DALAM SEJARAH
!-end>!-my>
Links
My Blog List
05 December 2010
02 November 2010
31 October 2010
20 October 2010
Majis Ramah Tamah AidilFitri Peringkat Sekolah Kebangsaan Koran 2010
Majis Ramah Tamah AidilFitri Peringkat Sekolah Kebangsaan Koran 2010 diadakan pada 01 Oktober 2010 bersamaan 22 Syawal 1431H.
Sesi bergambar antara Guru-Guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Koran pada majlis Ramah Tamah AdilFitri 2010
Diterbitkan Oleh
SK KORAN
19 October 2010
Majlis Ramah Tamah AidilFitri Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Serian 2010
Majlis ramah tamah AidilFitri peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Serian diadakan pada 28 September 2010 bersamaan 19 Syawal 1431H. Majlis ini berlangsung di Pejabat Pelajaran Daerah Serian. |
Guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Koran dan Sekolah Kenbangsaan Sg Rimu yang terlibat pada majlis tersebut
Diterbitkan Oleh
SK KORAN
21 September 2010
Selamat Menduduki UPSR
Kepada semua palajar yang menduduki UPSR 2010 semoga anda semua memperolehi keputusan yang cemerlang.
Somoga Berjaya
Somoga Berjaya
Diterbitkan Oleh
SK KORAN
25 July 2010
05 June 2010
22 April 2010
13 April 2010
12 April 2010
KASIHANNYA CIKGU...!
Ketika cerdik pandai pendidikan memperkatakan tentang cabaran-cabaran pelaksanaan pendidikan, para guru pula masih bergelumang dengan pelbagai cabaran dalam kelangsungan hidup mereka sebagai guru.
Di mana-manapun, guru mendepani pelbagai cabaran. Baik di pedalaman, di bandar, di hulu, di muara, di gunung, di lembah, di daratan dan kepulauan kaum guru tetap berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Seringkali diperkatakan masalah dan cabaran yang dihadapi kaum guru di pedalaman. Infrastruktur dan kemudahan asas yang sempurna sesungguhnya menjadi dambaan.
Kesukaran yang dihadapi untuk ke daerah pedalaman dengan persekitaran yang menuntut banyak kesabaran bukan sahaja memerlukan lebih ketabahan malah seringkali mengorbankan banyak tenaga dan wang.
Menjadi guru di kawasan bandar juga, tidak kurang cabarannya. Barangkalai “kelebihan” yang ada di bandar menjadikan guru sentiasa tercabar. Kepelbagaian suasana dan persekitaran serta hiruk-pikuk dan kesesakan menuntut pengorbanan masa dan tenaga yang bukan sedikit.
Para intelek pendidikan seringkali memperkatakan tentang Pembelajaran Berterusan, Penggunaan Teknologi dan ICT, Pengurusan Pendidikan, Pembentukan Jatidiri Pelajar dan Kualiti Guru.
Masyarakat umumnya seringkali mengharapkan kejayaan anak-anak mereka di samping mempersoalkan kewibawaan kaum guru.
Pada ketika yang sama kaum guru masih terus berjuang untuk menjadi guru yang sebaik-bainya sambil terus bergelumang dengan cabaran dan masalah yang dihadapi setiap hari.
Guru oh guru.......di mana-mana pun kalian mendidik, tetap ada cabarannya.
Kasihannya cikgu!
Diterbitkan Oleh
SK KORAN
ATASI TIDUR BERDENGKUR
BAGI mereka yang tidur berdengkur, eloklah mengamalkan minum segelas susu suam yang dicampurkan dengan serbuk badam. Amalkan selalu, dengan izin Tuhan, tiada lagi rungutan dari pasangan anda. Tidur anda pun akan lebih lena dan keesokan paginya anda akan berasa lebih cergas dan bersemangat apabila bangun dari tidur.
Diterbitkan Oleh
SK KORAN
Subscribe to:
Posts (Atom)